Friday, 18 January 2019

Step pemasangan braces.

Hi everyone ! Rasanya dah lama tak berblog ni hahaha. Maaf lah setiap kali nak menaip mesti rasa malas tu timbul. Lol 
Ok dah nampak kan entry kalini Noran nak tulis apa ? Memandangkan now Noran tgh dlm process nak pasang pagar dekat gigi ni , so Noran nak share sikit step2 or procedure sepanjang nak tnggu pasang full braces . Kita start dari first step ya. And btw ,  Noran share experience Noran buat dgn klinik kerajaan . ❤
Btw dkt entry pemasangan braces ni ada term2 yang pelik2 utk alat-alat and procedure pemasangan braces ni, so bagi menyenangkan korang utk detect term2 braces ni Noran Birukan tulisan bagi term braces ya. Selamat menimba ilmuuuu 

1. Periksa gigi di klinik kesihatan 

First step korang kena check dulu condition gigi korang dekat klinik kesihatan , and korang cakap la dekat nurse or doctor tu korang nak buat braces. Ok and F.Y.I yang boleh buat braces under kerajaan ni maximum umur mestilah sampai Form 5 je ye. if korang lebih dari tu korang kena la kelua duit lebih sikit utk buat dekat klinik swasta. Lpas dah check apa semua , if doctor tgk korang mmg layak utk pakai braces , doctor akan keluarkan satu form menandakan korang nak pasang braces. So korang kena la fill in the form ..

2. Buat appointment untuk pemeriksaan gigi. 

Lepas periksa gigi haritu , Noran kena tunggu untuk pemeriksaan selanjutnya , nak tnggu tu pun around dua ke tiga bulan . Then clinic call untuk buat pemeriksaan gigi, lpas check doctor tu bagi appointment utk pemasangan braces pulak . OK , yang ni kena tunggu lama sikit , depends luck la. Ada yang kena tnggu setahun ja, ada yang sampai tiga tahun . Sebab ramai lagi orang yg sebelum2 ni still tak dpt turn dieorang lagi utk pasang braces. So sabar yaaaaa... Sementara tunggu tu clinic akan bagi satu card color merah , dgn cop "Waiting list" 

3. Buat X-ray gigi

Ok turn pemasangan braces kita tu dah nak dekat , pihak clinic akan call kita ... Or korang kena alert la , ingt bila appointment korang yg seterusnya. Sebelum pasang braces korang kena buat X-ray gigi . Biasanya orang akan buat dekat hospital kerajaan sebab dapat Free, kalau buat dekat swasta cost sikit la ,Tapi takyah la beratur panjang and tnggu lama . . 
hahaaa ok , bawak bertenang . Jangan gelak . So itu la rupanya X-ray gigi aku . Korang akan buat 2 X-ray taw, yg ni contoh salah satu dari X-ray tu. Lepas dah siap X-ray kita kena simpan and bagi dekat doctor yang incharge pemasangan braces kita on next appointment. 
4. Dental Mold
 
Basically, lepas buat X-ray , next appointment Dr. akan buat Dental Mold ni utk tgk structure gigi kita macamana , then Dr. akan bagitahu la apa yang diorang buat lepas2 ni . Masa benda ni masuk mulut ada la rasa loya sikit , ada certain orang ckp sampai nak termuntah. But Noran ok ja, cuma rasa sakit SIKIT je sb doctor tu tekan kuat2 , mulut sis dah la kecik jeeee. hahahaa tp sakit time tu je la, Again ea , iolls cakap, sakit sikitttt je. 

5. Separator
So ni lah rupa separator tu , getah color biru , function dia untuk menjarakkan gigi. Utk apa nak jarakkan gigi? Supaya nanti masa nak pasang band ,gigi korang dah ada ruang utk masukkan benda tu. Jadinya takdelah rasa sakit or ketat nanti. Nanti kat bawah i tunjuk rupa band tu macamana . Sorry gigi tu annoying, hahaha. Utk Noran doctor pasang 4 atas 4 bawah, dia depends dgn masalah gigi kita taw, ada yg pasang 2 je, ada yg kena semua gigi . haaaa . Masa pasang tu tak sakit pun , but bila dah sehari dua pakai , dia rasa bit annoying sikit sebab rasa gigi ketat and susah nak kunyah makanan . 

P/s: start dari pakai separator ni korang dah kena belajar makan bubur and stop la makan makanan2 yang keras sb nanti gigi korang sakit. Dari menyiksa diri so baik korang elakkan benda2 macamtu k. Lepas pasang separator ni korang kena tnggu around sebulan sebab nak bagi gigi tu betul2 jarak. 

6. Cabut Gigi

Takut bukannnn????? hahahhaa benda ni jadi benda yang paling menghantui since dari kita kecik and time sekolah dlu . Dengar cabut gigi je semua gelabah . HAHAHA . Well , braces dengan cabut gigi tak dpt dipisahkan. Bagi siapa yg tak kena cabut gigi tu tahniah la. Tapi mostly yang nak buat braces ni mmg tak dpt lari dari step ni. Sebab apa ??? sebab bila dah pasang braces nnti gigi korang akan bergerak , yang senget tu akan ikut turutan , but if dia takde ruang nak masuk macamana dia nak sebaris dgn gigi2 yg lain kan? so kena la ada ruang utk dieorang masuk , so rangka gigi korang pun akan berubah after this. Tak faham jugak apa yg i explain ? If korang nak pasang braces nnti korang akan faham. So Noran nak cakap pasal cabut gigi ni , masa mula2 nak cabut haritu sumpahla , mmg takut pun . Asyik terfikir je. 

***Btw sebelum cabut gigi Nurse akan pesan , sebelum datang tu korang kena kenyangkan perut dulu. Makan la puas2 banyak mana yg korang nak . Dah sampai clinic first doctor akan bius dulu gusi korang. Atas and bawah , depends jugak tgk gigi mana yg nak cabut. Bius ni supaya korang tak rasa sakit masa nak cabut nanti. Inject bius tu sakit la, but sikit je.. Masa dia cucuk tu je , lpas tu tak rasa apa dah. Sb mulut korang dah rasa kebas. Masa nak cabut tu jgn buat keras taw, kena cool je. sb if korang keraskan badan, nnti takut korang tergerak ke apa ke nnti so takut akar gigi tu tak dpt nak cabut habis , dari boleh cabut normal nnti tak pasal2 kena operation la apa la. so Cool je, tak sakit pun sebab dah bius kn. Basically, bius tu akan bertahan setengah hari or paling lama pun sehari. Korang akan rasa macam minor stroke . HAHAHA , apatu ? hmmm mulut tak function sebelah , yela sb dah bius. 

****Ok nak pesan ni , lepas cabut gigi . Darah akan keluar banyak gila taw. korang jangan panic pulak . Cabut gigi kekal ni lain, tak sama macam kita cabut gigi susu dulu. Darah dia lebih banyak and lama sikit. So after cabut tu Nurse akan bekalkan korang dgn kapas. Korang ganti la dgn kapas baru if darah dah banyak . ELAKKAN dari minum or makan benda panas sb dia akan menyebabkan darah keluar lagi banyak. Jangan buat benda2 berat or berolahraga . Jangan ttbe korang dtg mood kata nak jogging or dating after cabut gigi. Jangannnn. Duduk rumah je , layan drama . If nak darah tu cepat stop , tuamkan dgn ice, or makan icecream ke. Ye, akan rasa ngilu. But dia akan cepat stopkan darah . Ada certain orang kata after bius tu hilang akan rasa sakit, but for me takde rasa sakit langsung pun . Dia depends dekat ketahanan seseorang tu kot. But dont worry, jgn takut k. Kan ada pepatah "Beauty is Pain" . So jangan menyesal if nak cantik. 

7. Pasang Band
Okay , sebelum pasang full braces. Doctor akan pasang band ni dulu. Band ni ada macam2 saiz, dia ikut saiz gigi kita. Dia akan pasang dkt gigi geraham kita. Atas bawah taw. Macam Noran doctor pasang saiz 16. Mula2 dia bagi saiz 23 tapi besar gila. takleh masuk pun .Hahahaa. Oh ya, SEBELUM tu, masa nak pasang benda ni dieorang akan cabut separator yg color biru tu. So dieorang akan gantikan dgn Band ni . And for certain people, after cabut separator dieorang kena scalling( cuci gigi). But if gigi korang ok , and niceeee doctor akan proceed pasang band terus. Korang kena rajin gosok gigi taw, sebab kalau tak nanti Nurse marah . Nasib baik Noran ni mmg jenis gosok gigi 5 hari sekali and sekali gosok tu mmg habis 10 minit la. Hahaha , tp TBH , ada certain orang tu dari hari pasang separator je mmg dieorang akan rasa malas nak makan , nak cakap even gosok gigi pun malas sb dieorang rasa sakit. Noran nasihatkan jangan malas gosok gigi sebab korang akan biarkan bakteria membiak dekat mulut korang , so nanti gusi korang tak sihat. Nanti akan senang jadi bengkak gusi and ulser. So sayang2 semua, jangan macamtu ok? 

8. Pasang Bracket


Ok , jujur cakap . Process pemasangan bracket ni lama sikit . Ada dlm sejam or sejam setengah . And memerlukan korang utk ngaga mulut seharian . HAHAAHA . First, doctor bersihkan and keringkan mulut kita. And letak gam dekat each of our gigi utk lekatkan bracket ni . Setiap bracket utk gigi lain2 bentuk tak, sebab function dieorang lain2. Jangan tanya kenapa sebab i bukan Dental. hahaha. Masa pasang ni Nurse akan tembak laser color biru kat gigi kita, and letak papan utk halang kena mata kita . Doctor pasang satu satu taw, so mohon kesabaran korang kuat time tu. lol 

***Selesai je pasang bracket ni , so korang tak boleh dah pakai berus gigi yang biasa. Kenalah beli berus gigi khas utk pemakai braces sb dalam gigi dah ada penghuni. Jaga gigi elok2 taw. Ingat Noran pesan tadi , if taknak gusi darah or ulser tu semua jgn malas gosok gigi . And malu la , nanti mulut bauu . so kebersihan gigi tu sangat penting. Ok 

9. Pasang Archwire dan Elastic Tie

Utk archwire Noran dah tunjuk contoh gambar dekat step number 8 tadi . So yang dkt atas ni adalah contoh gambar elastic tie, alah yg korang tgk braces warna warni tu . so ni lah dia. Getah ni dipasang dekat bracket gigi. Dia bukan utk lawa2 je. Dia ada fungsi dia k. Ada certain clinic , dia bagi kita choose what color yg kita nak . ada clinic yg dia pasang je terus so kita kena redha. 

****So ni lah step2 sepanjang Noran nak pasang braces. And ingt, lain case lain cara taw. So jangan pulak korang tanya doctor korang why tak sama dgn Noran , habis kena ketuk kepala pulak nanti . Diaorang doctor so dieorang lagi pakar pasal gigi korang. So ikut je k. Biasanya , sebelum buat apa2 kat mulut korang, doctor atau pembantu dia akan explain dlu process2nya. So korang ikut je, if tak faham korang tanya. Apa yang Noran nak pesan , jangan takut bila nak pasang braces ni. Jangan set kat mind langsung yg benda ni sakit, sebab if korang dah set benda ni sakit so sakit la dia. Korang relax je. Sebab sepanjang Noran pasang ni , Noran kuatkan diri and tak manja. Jadi sepanjang nak pasang separator, cabut gigi and sampai nak pasang full braces jarang rasa sakit. Kena kuat k .And ya , macam Noran cakap td, dari pasang separator sampai la korang betul2 pulih mmg bubur la kawan baik korang. If rasa tak larat nak makan benda keras jgn paksa taw, takut effect dkt gusi korang. Ok gais, sampai sini je, If nak tanya apa2 boleh tanya dkt chat box or comment ❤



ok bye,tq singgah